Monday, June 22, 2009

wahai kamu:perempuan itu

wahai perempuan itu
silalah tundukkan kepalamu
usah mendongak
sombong benar keadaan itu
mendongak di bumi Allah ini
silalah tunduk

wahai perempuan itu
berdiamlah kamu
usah mencaci
usah mengherdik
yang dicaci itu
yang diherdik itu
semuanya ciptaanNya jua
berdiamlah kamu

kaya itu
cantik itu
pangkat itu
semua itu
milikNya juga
saat marahNya
saat murkaNya
kun fa ya kun
tidak takutkah kamu?
tidak takutkah aku?
tidak takutkah dia?
tidak takutkah semua?

tunduklah
usah mendongak sombong di bumi ini
tunduklah
kamu perempuan itu
tunduklah
aku dia dan semua

(dari rasa hati yang marah. astaghfirullahalazim...ya Allah ampunilah hambaMu)

3 comments:

  1. Siapa perempuan apa perempuan
    Hakikat seorang perempuan
    perempuan itu ku gelar wanita
    Wanita itu dari mana
    asalnya rusuk nabi adam
    wanita itu apa
    peneman lelaki dalam dunia
    wanita untuk siapa
    yang lemah lembut bersopan santun
    wanita itu apa inginnya
    inginnya dibelai dan diperhatikan
    Wanita itu mana tempatnya
    dapur- bukan
    kamar- bukan
    musollah- bukan
    pejabat- bukan
    Habiss???

    Wanita itu kenapa solehah
    taat kepada ibu bapanya
    wanita itu kenapa setia
    jujur, ikhlas dan taak kepada suaminya
    Wanita itu kenapa derita
    kerana perasaanya sendiri
    kerana hatinya sendiri
    kerana akalnya sendiri

    Kenapa wanita itu
    kenapa aku suka wanita itu
    kenapa..
    ayunya
    sopannya
    setianya
    jujur ikhlasnya
    manjanya
    ????.....

    Kerana
    Setia dan tauhidnya kepada tuhan
    cahaya hidup berpedoman
    hafal al-quran
    selalu berzikir
    menjaga mulutnya
    dan kemaluannya
    semuanya terserah kepada tuhan
    Laillahhaillallah
    Hidup dan matinya
    Kerana Allah Taala
    Bukan sesama manusia semata-mata

    Jangan berduka kepada manusia
    bisikan syaitan semata-mata
    kepada Al-quran engkau kembali
    jika sesat tak temu jalan
    Sesat jalan boleh ditebas
    sesat dihati kusut fikiran
    merana badan

    Wanita itu
    Pilih satu antara beribu

    ReplyDelete
  2. KarmaKencana:
    terima kasih
    bait katamu
    buat gelora jiwaku tenang
    buat api hatiku padam
    terima kasih

    hakikatnya
    perempuan itu
    menafsirkan aku seburuk2nya
    merendahkan aku serendah2nya

    menangis aku saat baring
    menangis aku saat berdiri
    menangis aku saat dudukku
    menangis aku saat sujudku padaNya

    hinakah?
    sehingga sebegitu kasar kata dilemparkan?
    tinggikah dia?
    sehingga begitu rendah aku direndahkan

    tenggelam aku seketika
    lalu lancar tanganku
    menaip tiap bait kata entri ini
    melampiaskan rasa marah
    kerna aku cuma manusia
    insan-mudah lupa

    ReplyDelete
  3. Ya... Yang nyata kamu masih tahu
    siapa kamu
    jangan sampai hilang
    tak berhaluan
    kamu sahaja
    atau tinggal roh

    sengaja tuhan jadikan
    makhluknya yang sempurna ini
    cacat sedikit
    mudah lupa alpa
    agar kita tahu
    bersyukur
    atas nikmat dan kurniaanNya
    InsyaAllah

    ReplyDelete