Thursday, June 18, 2009

awan saya kata

awan saya kata 'kamu perlu bangun dari tidur' awan saya kata lagi 'kamu perlu sedar pada realiti' awan saya kata lagi 'kamu degil' awan saya kata lagi 'bila kamu pergi beban kita berdua akan kurang' awan saya tak kata tapi saya fikir 'saya memang dah bebankan dia' jadi saya pilih untuk pergi.

aku memang selalu berharap kaki ini akan berpijak rapat di bumi sedar akan realiti. terlalu lama cuba menggapai kamu di langit tinggi..terawang seketika rasanya..memang indah saat itu sehingga seakan-akan enggan kembali..namun kini aku perlu kembali menginjak kembali kaki ke bumi. selamat tinggal awan saya

11 comments:

  1. Kau pergi jua..
    setelah cinta ini membara..
    belum sempat ku curahkan
    kasih ku..
    kau pergi tak kembali
    (adam ahmad)

    Tidurlah wahai permaisuri
    tidurlah...
    Jika kau tidur lena
    mimpikan bahagia
    di taman syurga loka
    kau dan dia berdua
    (P.Ramlee)

    Melayang di langit ku lihat Tuhan
    Berkubur di bumi ku lihat Tuhan
    Selam ke air ku lihat Tuhan
    Terbakar jari ku Ku lihat Tuhan
    Tuhan tidak pernah meninggalkan aku
    Tapi aku mungkin mengalpakan Tuhan
    Jiwa gelora hati sengsara
    Tuhan juga yang mententeramkan
    Subhanallah
    Walhamdulillah
    Walaillah
    Ha illallah
    Allahuakhbar...

    Ku sentuh awan pun
    Ku belai angin pun
    Ku senyum mentari pun
    kenangan telah lalu
    di depan ku Tuhan menanti
    Di depan mu.... tak tahu lagi

    Lewat mengungkapkan mungkin
    awal ku pergi mungkin
    awal kau cari pengganti mungkin
    lewat segalanya mungkin
    segalanya mungin...

    (aku tahu hati mu Yanee)

    ReplyDelete
  2. karma kencana:
    indah sungguh bahasamu
    sulit untuk aku akui
    aku bukan dia
    bukan yanee
    maaf..

    mungkin kamu mengharapkan dia
    yang menaip setiap bait bicara entri ini
    yang mengimbas semula kenangan usang zaman persekolahan
    tapi aku bukan dia..
    maaf..

    ReplyDelete
  3. sultanah ilusi:
    awan berarak lalu pergi
    mentari berganti
    tapi mengapa
    hari masih rindu redupnya awan..

    ReplyDelete
  4. Suapkan daku sebutir beras bayangan
    agar langit cerah semula
    bersama awan yang datang
    merupa bentuk kembali
    dalam jajaran nafasku
    tampangmu
    yang belum bersedia dulu

    Kamukan Rah-nong
    atau kamu nur-se
    atau kammu pe-ah atau.. tu je
    yang dua darinya hanya adik ku
    satu-satunya seperti nama tuhan ku jua
    dan ...kamu...

    ReplyDelete
  5. (jumaat 19 jun 09)

    ku tunggu
    ku nanti
    terus-terusan
    kejap buka
    kejap telek
    ada balasan ke
    atau hampir tepat

    wahai angin
    angin satu badan
    kerana kencana itu adalah angin
    kerana karma itu adalah takdir
    sentiasa bertiup
    meniup awan
    awan di mana
    di mana awan
    awan berkasut
    berkasut merah
    merah hatinya
    merah bibirnya
    mana jawabnya
    apa soalnya
    kenangan telah lalu
    akan datang pun jadi kenangan

    Bertiup juga angin
    nak menyapa awan
    bertanya angin
    menjawabkah awan
    kalau bukan kekasih
    tak bolehkah berkawan
    kalau bukan kasih
    tak dapatkah tanya khabar awan

    kunanti lagi
    kutunggu lagi
    mmmmmm....
    waiting for you
    to mail me..
    jangan kecewa
    jodoh tiada
    yang elok lagi
    ada di balik tabir
    kita tak sedar...

    ReplyDelete
  6. karma kencana:
    angin bertiup
    awan menyapa
    angin bertanya
    awan menjawab
    bukan aku kekasihmu
    bukan aku kasihmu
    berkawan lah awan dan angin
    bersapaan lah awan dan angin

    ReplyDelete
  7. KarmaKencana:
    jodoh itu tentuNya juga..
    aku redha..

    ReplyDelete
  8. untuk redshoes dan 'karma rindu'nya ...

    dalam langkah sepi KASUT MERAH
    di bawa KENCANA masa
    lalu membina diri
    dengan cerpihan memori
    mutiara hati
    mengukir senyum
    melirik jauh
    dia gadis yang berdiri
    ...di belakang dinding itu
    melihat cinta
    ...dari sudut tak kelihatan
    seperti KENCANA seimbas lalu
    tak terlihat dia di situ.
    itu cerita dia yang lalu
    kini awan bawa dia pergi
    mengenal hidup lagi

    apabila KARMA berulang lagi
    memanggil memori silam
    langkah KASUTMERAH telah bertepi

    (dia gadis di belakang dinding itu...)

    ReplyDelete
  9. lavendarWind:
    seperti kau tahu isi hatiku
    terima kasih~

    ReplyDelete