Wednesday, June 17, 2009

rindu:masa lalu

aku kembali jadi si perindu.. suatu masa dahulu aku penat menanti penat menangis penat sendiri.. kini aku kembali menanti.menangis.sendiri.. si perindu mengharapkan rindunya akan pulang. mengharapkan rindunya akan bertaut. kini cuma tinggal rindu yang hilang.

6 comments:

  1. Rindu?? Masih dapat dijelmakan. Sementelahan blog ini untuk tatapan ramai maka bahasa berlapis kertas tisu menipis harus digunapakai. Terus terang lagi bersuluh tidak perlu, cuma maksud perlu dicari.

    Maafkan hamba, kerana kini hanya mampu memberi sedikit sinar hidup melalui nasihat mihat. Untuk menjalin kasih kekasih mungkin di lain reincarnation jika ku bukan islami.

    Sedar atau tidak. dekat atau jauh. kasih atau kawan. sebenarnya tanpa ada. Kata- kalaulah dulu- tidak berguna. kata-aku akan- InsyaAllah.. kerana Apa yang kita dapat tidak semestinya yang kita mahu tetapi itulah sebenarnya yang sepatutnya kita dapat. Itulah Qada' dan Qadar Allah.

    Bantulah Hamba untuk imbas kembali kamu dalam hidupku. Mungkin sisa pendaman itu ada lagi dalam hard disk otakku. Berilah sedikit pedoman bayangan...

    ReplyDelete
  2. hanya untuk redshoes dan 'rindu'nya ... : )

    rindu yang hilang
    jauh dalam rasa terpendam
    masa bawa rindu menjauh
    kadang kala rindu datang lagi
    mengamit memori tulus
    yang pernah terlakar
    antara kau dan aku
    aku cebisan kecil kenanganmu
    tapi kau lakaran indah memoriku

    ReplyDelete
  3. Karmakencana:
    aku petik sedikit puisi LavendarWind

    aku cebisan kecil kenanganmu
    tapi kau lakaran indah memoriku

    teringin aku bantu kamu imbas semula insan kerdil ini dalam bayangan memorimu..cuma takut menggamit memori lalu..

    ReplyDelete
  4. LavendarWind:
    terima kasih puisinya~

    ReplyDelete
  5. Bayu berpuput lembut menyapu pipi mulus
    semulus tulus hati mu
    kerana terluka
    aku juga tahu

    Dengan aura ram 4 gig dan prosessor core quad
    hamba ungkap kembali
    siapa diri mu
    kerna tak ramai kawanan wanita yang aku kenal utuh

    Haliza Misbun bagai nama mu
    Pintas memintas itu kampung mu
    Biar berlapik kertas
    Tapi kau tahu maksudnya bukan...

    Kerana aku kau terluka
    Kerana aku kau mengembara
    Apa khabarnya
    Di mana adanya...
    E-mail mu kutunggu...
    kerna banyak kisah ingin ku tanya...

    ReplyDelete
  6. KarmaKencana:
    ku petik kata2mu

    Haliza Misbun bagai nama mu
    Pintas memintas itu kampung mu
    Biar berlapik kertas
    Tapi kau tahu maksudnya bukan...

    maaf aku bukan dia yang kamu sangkakan..aku faham maksudmu..aku tahu siapa dia disebalik kata-katamu tapi maaf..itu bukan aku..kerna aku cuma secebis memori usang..takut2 kalau memori itu jua langsung padam dalam ingatanmu..

    ReplyDelete