Saturday, June 6, 2009

aku dimata perempuan itu

di mata perempuan itu aku jahat..akulah perampas kasih sayang dia, akulah yang merosakkan hubungan mereka, akulah yang menghancurkan hati dia..hakikatnya dia masih dengan kamu mengapa perlu khuatir..aku tidak rampas cuma minta sedikit kasih daripada dia yang sudi memberi. mungkin aku bodoh mungkin aku sundal (maaf ayatnya keras tapi inilah gelaran yang perempuan itu beri) namun salahkah hati bila mulai rasa mencintai? bila cinta diberi dan aku sendiri tidak mampu untuk menolaknya. aku bukan merampas tunangan orang jauh sekali suami orang..cuma mungkin kekasih hati seseorang..namun ingin ku ulang..aku tidak merampas..kerana hati dia masih ada nama perempuan itu dan mungkin sudah terisi nama aku juga..tapi aku ulang dengan kerasnya aku tidak merampas cuma meminta sedikit kasih dan sayang dari dia..maaf..dan tidak perlu khuatir..aku dah padam namaku dari hati dia..tapi maaf aku tidak mampu padam nama dia dihatiku..

6 comments:

  1. ~cinta itu tak semestinya bersatu...~

    ReplyDelete
  2. @muzo@rt cinta tdk semestinya bersatu
    namun adakala kita enggan percaya
    dan sentiasa berharap
    dan terus berusaha
    agar ia terus menyatu..
    terima kasih sudi lawat blog ini..

    ReplyDelete
  3. "kau silap pilih kekasi orang

    si perempuan itu silap tidak jaga kekasih sendiri

    si kekasih silap tak tahu memilih kasih"

    lavenderwind

    ReplyDelete
  4. lavendarwind: ya aku silap pilih kekasih orang even dah tau masih pilih untuk bersama even dah tau masih degil untuk teruskan cinta itu..

    bukan silap perempuan itu fikirnya lelaki itu akan terus mencintai dia yang hebat..bukan silap lelaki itu kerana cinta buat dia rasa terisi ada aku untuk isi sunyi dia..

    ReplyDelete
  5. aku sunyi?
    tidak.
    tapi kenapa aku buat begitu?
    adakah kerana sikapku yang memang playboy dari dlu?
    hm..
    entah..
    aku tidak tahu..

    ReplyDelete
  6. awan: tidak tahu itu satu jawapan yang tiada pengakhiran..hakikatnya aku benci ayat itu..

    ReplyDelete