Saturday, June 6, 2009

awan:aku cinta kamu

aku masih ingat dia pernah buat aku gembira. aku gembira ada dia disamping aku. dan aku gembira bila dia beritahu dia gembira denganku. dialah awan saya. aku memang degil enggan lupa semua kisah antara kami. aku enggan dan sekeras-kerasnya tidak mahu lupa. mengapa harus lupa semua kenangan yang indah saat kami gelak ketawa bersama saat kami nangis bersama saat aku rasa bahagia.

dia yang terbaik aku pernah temui. hampir setiap malam tunggu aku dibuaian. keluar makan bersama. saat curi2 pakai kereta dady keluar memang lucu. saat curi2 keluar berpura2 saling tidak mengenal. saat tangan dia erat menggenggam tanganku jauh dari penglihatan orang lain aku bahagia. saat dia melindungi aku dari pancaran terik matahari aku gembira.

hampir setiap malam ada sahaja alasan untuk berjumpa. namun masih rindu. pagi petang malam selamanya berdua saat itu andai boleh terhenti dan kaku begitu sahaja aku mahu..adakala aku teringin ulang semuanya..

masih ingat saat pertama kali berjaya bawa kereta keluar malam? sehingga lupa saat untuk pulang teruk aku dimarahi mama masa tu..mama bilang 'jangan ajar dia pulang lewat' hahahhaha aku yang dimarahi bukan dia..mungkin sebab mama tahu aku memang degil dan keras kepala.

masih ingat kali pertama kita berjumpa? aku jalan jauh tinggalkan kamu dibelakang. hampir setiap malam pulang bersama namun tidak sepatah kata pun keluar dari mulut masing2. selang beberapa lama kita mulai bicara aku sudah mulai berjalan perlahan dan rapat dengan kamu. masih ingat? bila kita bergelak ketawa teringat kisah lama?

aku akan terus ingat buaian dan tangga. kasihan benda tidak bernyawa jadi saksi cinta kita. aku mungkin kekasih gelap kamu tapi aku masih gembira saat kamu masih berani perkenalkan aku sebagai yang istimewa di hadapan teman2mu dihadapan teman2 kita. mungkin terlalu lewat untuk aku menyedari bahwa kamu juga sayang dengan aku sepenuhnya..sehingga rasa sayang itu telah ditarik balik..barulah aku sedar..terima kasih cinta buat aku sedar kamu pernah sayang..ingat janji kita..bila hati dah kosong..biarlah terisi untuk kita berdua sahaja..mungkin akan tiba masa itu..mungkin juga tidak akan tiba langsung...cinta aku hanya untuk awan saya..Justify Full

6 comments:

  1. suka dengan entri ni...

    teruskan hidup dengan baik-baik ya.

    kehilangan itu memang perit.

    teguhkan hati. =)

    ReplyDelete
  2. terima kasih mrberett..
    ya kehilangan itu perit
    kehilangan selalunya ajar kita lebih dewasa
    aku akan terus hidup baik2..janji
    kamu juga (^_^)

    ReplyDelete
  3. red shoes..saya sedih baca entry ni..awk mesti kuat ya...kenangan bersama sang cinta memang bahagiaa

    ReplyDelete
  4. fantasy: terima kasih..sehingga sekarang sayang saya tu masih kuat..cuma bila dia menjauh saya jadi makin sedih..tapi saya kena kuat kan;p terima kasih semua kerana terus sokong~

    ReplyDelete
  5. aku selalu berharap dia akan baca entri ini dan masih ingat semuanya..awan saya..untuk kamu..

    ReplyDelete
  6. aku masih ingat semua kenangan kita bersama..
    thanx :D

    ReplyDelete